Pertemuan OPEC, Non-OPEC Di Rusia, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

39

Pertemuan antara Gabungan Jawatankuasa Pemantau OPEC/non-OPEC (JMMC) semalam telah membincangkan perkembangan terkini isu pemotongan bekalan minyak mentah di mana keputusan dan kenyataan mereka akan memberi kesan langsung terhadap pasaran minyak dunia walaupun terhad.

Antara ulasan-ulasan utama hasil pertemuan semalam adalah seperti berikut:

  • JMMC memeriksa hasil penyelidikan Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) kearah pemulihan dan keseimbangan pasaran minyak mentah.
  • Menurut JTC, permintaan minyak mentah dunia telah meningkat kepada 2 juta tong sehari untuk separuh tahun kedua, di mana akan membantu dalam penurunan simpanan minyak mentah komersial.
  • Sehingga Jun 2017, ahli-ahli OPEC/non-OPEC telah mematuhi 98% daripada jumlah pemotongan bekalan minyak yang di perlukan.
  • Walaupun dengan banyak usaha yang signifikan bagi mengurangkan pengeluaran, hasil daripada beberapa negara mungkin boleh dilihat lebih baik daripada itu.
  • Menyediakan pelan baru untuk bantu pengeluar mencapai 100% syarat pemotongan.
  • Perjanjian mungkin akan di lanjutkan selepas Mac 2018 sekiranya memerlukan langkah-langkah tambahan bagi mecapai kestabilan pasaran.

Beberapa tindakan susulan telah di tentukan bagi memastikan pematuhan isyarat mencapai 100% seperti menamakan dan berunding dengan ahli-ahli yang tidak mencapai peratus pematuhan yang memuaskan serta berbincang secara bersemuka dengan mereka yang terlibat.

Libya dan Nigeria masih di kecualikan dalam perjanjian berikutan mereka masih dalam peringkat pemulihan. Namun, jawatankuasa JMMC akan sentiasa mengawasi perkembangan kedua negara ini dan mungkin kuota pengeluaran akan di perkenalkan sekiranya mereka menganggu keseimbangan permintaan dan bekalan pasaran.

Selain itu, pengerusi non-OPEC, Alexander Novak turut menegaskan, Libya dan Nigeria akan terlibat bersama dalam perjanjian selepas pengeluaran minyak mereka stabil.

Secara keseluruhannya, ahli-ahli yang terlibat cuba untuk mengekalkan jangkaan positif terhadap pasaran minyak mentah, dan Setiasausaha agung OPEC turut menyebut, kadar kestabilan pasaran minyak mentah di jangka akan meningkat pada separuh kedua 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat