Pilihanraya Jepun: Kesan Kepada Matawang Yen

187

Tumpuan pasaran pada hujung minggu ini sudah tentu kepada pilihanraya Jepun pada 22 Oktober selepas Shinzo Abe mengumumkan pilihanraya lebih awal sementara sentimen masih positif terhadap beliau dengan risiko geopolitik yang dibawa oleh Korea Utara.

“Abe mengadakan pilihanraya setahun lebih awal untuk mendapatkan sokongan bagi polisi percukaian yang baru dan juga polisi kebajikan sosial. Selain itu, antara sebab yang lain adalah sentimen sokongan terhadap beliau kini di paras tinggi, perubahan kabinet baru-baru ini dan juga pendirian tegas terhadap Korea Utara.”

Tambahan lagi, pihak pembangkang dilihat sebagai lemah dan tidak teratur.

Tinjauan yang dibuat oleh akhbar Asahi menunjukkan Koike (Party of Hope, PoH) berada di tangga ke tiga. Manakala tinjauan akhbar Kyodo menunjukkan Abe (parti LDP) dijangka akan mendapat 310 kerusi iaitu dua per tiga daripada 465 kerusi yang dipertandingkan.

Jadi, dengan jangkaan Abe akan menang dengan selesa, persoalan sekarang adalah berapa banyak beliau akan menang?

Dalam pasaran tukaran matawang (forex) tumpuan pedagang sudah tentu kepada bagaimana Yen memberi respon kepada hasil pilihanraya.

Ada dua pendapat yang bertentangan ketika ini dalam kalangan pemain pasaran global.

Sesetengah pedagang berpendapat Yen akan mengukuh jika Abe mengekalkan tampuk pemerintahan Jepun. Ia atas alasan tidak banyak polisi yang mungkin diubah dan juga mengurangkan ketidaktentuan polisi kerajaan. Jadi jika Abe menang hujung minggu ini Yen mungkin akan mengukuh.

Pendapat yang bertentangan adalah Yen akan melemah jika Abe menang pilihanraya ini disebabkan cadangan beliau untuk menambah kadar cukai baru. Hal ini adalah negatif kepada Yen.

Oleh itu, kita melihat ketidaktentuan dari segi pendapat pemain-pemain pasaran global tentang kesan kepada Yen. Namun, apa-apa saja boleh berlaku dan jangkaan kita sebagai ‘retail trader‘ tidak selalunya betul dengan pasaran yang bergerak dinamik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat