PMI Sektor Pembinaan UK Mengukuh Ke Paras Tertinggi Empat Bulan Lepas

34

Indeks PMI sektor pembinaan UK mengukuh kepada 53.1 pada April dari 52.2 sebelum ini. Bacaan kali ini melebihi ramalan 52.0 dan merupakan bacaan tertinggi dalam masa empat bulan.

Komponen kejuruteraan awam merekod bacaan tertinggi sejak Mac 2016 dan terdapat kenaikan dalam sektor residen, tetapi aktiviti komersil lemah sedikit berbanding Mac.

Tempahan baru dan output (keluaran) semakin kukuh pada 2017 dan komponen pekerjaan juga capai paras tertinggi sejak Mei 2016.

Dari segi kos, terdapat tekanan ke atas kepada kos pada April walaupun kenaikan harga terus bergerak sederhana dari paras tertinggi pada awal 2017.

Data sektor pembinaan dilihat kukuh daripada jangkaan pada April di paras tertinggi tiga tahun lepas dan data kali ini akan mengekalkan keyakinan dalam sektor ini.

Esok pada Khamis, data PMI sektor perkhidmatan pula akan dikeluarkan yang akan menjadi penentu signifikan keadaan ekonomi UK ketika ini. Data positif esok juga akan meningkatkan potensi untuk Bank of England mengurangkan rangsangan monetari mereka di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat