Presiden A.S Donald Trump Ingin Memutuskan Hubungan Perdagangan Dengan China?

2,189

Rundingan Presiden A.S Donald Trump dengan Presiden China, Xi Jinping telah berlangsung lebih setahun. Pada hari ini terdapat laporan yang tidak menyenangkan mengenai hubungan AS-China dimana Presiden A.S Donald Trump mengatakan bahawa beliau tidak berminat untuk berbicara dengan Presiden Xi Jinping buat masa sekarang dan beliau juga berkemungkinan mengambil pendekatan yang diluar sangkaan iaitu sehingga kepada memutuskan hubungan dengan China.

Dalam wawancara Trump dengan Fox Business Network, Trump mengatakan beliau sangat kecewa dengan China kerana gagal membendung penularan wabak Covid-19 dan memperlambatkan proses kemajuan rundingan AS-China.

Trump mengatakan, “Mereka seharusnya tidak patut membiarkan hal ini terjadi.” Beliau menzahirkan rasa kecewa, kerana beliau menganggap rundingan antara AS-China telah mencapai kemajuan yang baik namun sekarang tidak lagi.

Disisi lain, Trump ditanya mengenai cadangan senator Republikan yang mencadangkan agar visa permohanan pelajar China yang terkait kesalamatan negara seperti kecedersan buatan  agar ditolak. Trump memaklumkan bahawa pentadbiran AS berpotensi untuk melakukannya sehingga kepada peringkat memutuskan hubungan perdagangan dengan China.

China telah memberi maklum balas menerusi jurucakap kementeri luar negeri China, Zhao Lijian  yang memberitahu wartawan di Beijing pada hari Jumaat bahawa menjaga hubungan dua hala adalah penting untuk keamanan dan kestabilan dunia. Tambah Zhao, buat masa ini yang paling penting adalah China dan A.S harus lebih banyak bekerjasama dalam memerangi wabak ini bersama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat