Prestasi Cemerlang Dagangan Minyak Menguntungkan Pelabur

277

Dagangan minyak menuju kenaikan mingguan kelima, setelah mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi sejak Oktober 2018 di tengah-tengah prospek permintaan yang semakin meningkat.

Niaga hadapan WTI Amerika Syarikat diperdagangkan lebih tinggi di sekitar harga $73.45 setong pada sesi Asia, menunju kenaikan 2.4% pada minggu ini.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula lebih kukuh pada $75.72 setong, dengan kenaikan 2.9% pada minggu ini.

Semua tumpuan kini tertumpu pada pertemuan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+ pada 1 Julai untuk membuat keputusan mengenai pengurangan selanjutnya dalam pengeluaran minyak mentah pada bulan Ogos.

Peningkatan penggunaan bahan api di negara-negara utama termasuk Amerika Syarikat dan Eropah telah mengurangkan bekalan dengan cepat, sehingga mendorong Bank of America (BAC) meramalkan penanda aras minyak mentah Brent akan mencecah $100 setong pada tahun depan.

Sementara itu, pelabur terus mengikuti perkembangan mengenai rundingan untuk menghidupkan kembali perjanjian nuklear Iran yang masih tiada petunjuk bila ia akan dimulakan semula selepas ia dihentikan pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat