Putin Hilang Minat Untuk Rundingan Dengan Ukraine?

1,109

Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak lagi berminat dalam rundingannya dengan Ukraine dan usaha diplomatik untuk menyelesaikan konflik yang berterusan antara kedua-dua negara, menurut Financial Times yang memetik orang yang diberi taklimat mengenai perbualan dengan pemimpin itu.

Sumber itu menyatakan bahawa Putin serius mempertimbangkan untuk mencapai perjanjian damai dengan Ukraine tetapi beliau tidak melihat bahawa terdapat prospek penyelesaian dalam kemelut ini.

Walaupun Rusia dan Ukraine telah bersetuju dalam draf perbincangan pertama mereka di Instanbul pada akhir Mac, tetapi perbincangan terhenti selepas Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menuduh Putin melakukan jenayah perang terhadap orang awam di bandar Bucha dan Mariupol.

Menurut sumber itu lagi, Putin berkata usaha damai kini berada di jalan buntu dan beliau berang selepas Ukraine menenggelamkan Moskva, kapal utama armada Laut Hitam milik Rusia.

“Selepas Moskva tenggelam, Putin menentang untuk menandatangani apa-apa, dan beliau tidak kelihat seperti pemenang, kerana ia memalukan,” tambah sumber itu.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini juga pegawai Ukraine dan negara-negara barat sentiasa meragui komitmen Putin terhadap rundingan damai mereka, dengan mengesyaki bahawa ia adalah cara untuk lebih masa dalam menyerang Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat