Rakyat Amerika Syarikat Protes Perintah Berkurung, Adakan Tunjuk Perasaan!

415

Terkini, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah hampir 2 juta dengan mencatatkan angka kematian sebanyak lebih 100,000. Oleh yang demikian, kebanyakan negara mengambil pelbagai inisiatif bagi membendung penularan wabak berjangkit tersebut contohnya dengan melaksanakan perintah berkurung. Lebih-lebih lagi, Amerika Syarikat yang merupakan negara yang merekodkan kes tertinggi di dunia iaitu sebanyak 613,886.

Namun begitu, perintah berkurung yang dilaksanakan di Amerika Syarikat telah mendapat tentangan hebat daripada sebilangan penduduk khususnya di Pennsylvania. Pada Selasa lalu, bandar tersebut bingit dengan bunyi hon ratusan kenderaan yang menunjukkan bantahan mereka terhadap perintah tersebut. Demonstrasi tersebut dijalankan kira-kira 3 jam, terdapat banyak kenderaan dihiasi dengan bendera negara tersebut dan mempamerkan slogan menuntut kebebasan.

Selain itu, ratusan individu yang majoritinya tidak memakai topeng telah berkumpul di tangga bangunan kerajaan. Di samping itu, mereka turut membawa sepanduk yang mengemukakan impak buruk yang akan dialami khusunya dalam sektor ekonomi susulan perintah berkurung atau menghamburkan tuduhan terhadap Gabenor Tom Wolf yang didakwa menggunakan virus itu sebagai alasan untuk meraih kuasa. Tambahan daripada itu, tunjuk perasaan tersebut juga disertai oleh perwakilan Kongres daripada Republikan.

Menurut Ahli Parlimen, Aaron Bernstine, mereka tidak mahu mengorbankan kebebasan sedia ada demi keselamatan negara dengan mempraktikkan normal baharu. Sementara itu, penunjuk perasaan yang lain menyuarakan bantahan mereka bahawa peraturan kesihatan awam yang dikuatkuasakan itu telah menjejaskan kebebasan ekonomi di negara tersebut.

Malangnya, demonstrasi itu tidak berjaya mempengaruhi kebanyakan rakyat yang memberikan sokongan serta kerjasama terhadap perintah berkurung yang dikuatkuasakan dan hanya di tinggal di dalam rumah bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Persoalannya, adakah tindakan segelintir rakyat Amerika Syarikat ini berjaya mempengaruhi pemimpin mereka, Presiden Donald Trump?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat