Rasai Pengalaman Keluarkan Duit Dari Mesin ATM Tertinggi Di Dunia Ini

349

Pernah tak terfikir di manakah lokasi mesin ATM tertinggi di dunia?

Mesin tunai ATM tertinggi terletak di Pas Khunjerab Pakistan Utara, yang berada di antara Pakistan dan China pada ketinggian 4,693 meter (15,396 kaki).

Difahamkan, ATM tersebut berjaya dibina oleh Bank Negara Pakistan dalam tempoh empat bulan dan dijana dengan kuasa solar sebagai salah satu kemudahan kepada penduduk di lintasan sempadan itu.

Mesin ATM tersebut turut menjadi tumpuan unik kepada pelancong untuk merasai pengalaman membuat transaksi pada paras tertinggi 5,000 meter.

Difahamkan juga, ia telah ditempatkan di kedudukan strategik iaitu pada Koridor Ekonomi China-Pakistan (CEPEC) yang akan beroperasi sepanjang masa dan akan diselenggara atau dipantau oleh cawangan Sost City.

Secara rekod, mesin tunai tersebut turut menawarkan pembayaran bil serta menyediakan kemudahan seperti pengeluaran tunai, pembayaran bil digital dan pemindahan dana.

Oleh demikian, ATM itu memerlukan penjagaan khas agar ia tidak mengalami sebarang gangguan semasa musim sejuk .

Menurut pegawai pemantau Shah Bibi, beliau ditugaskan untuk menyelia dan menyediakan data secara langsung kepada cawangan Sost termasuk menangani masalah berkaitan sambungan satelit, mesin penjanaan kuasa tenaga solar, penarikan balik tunai serta kad yang tersekat.

Beliau turut menerangkan bahawa ATM itu menguruskan transaksi pengeluaran berjumlah 4 hingga 5 juta wang dalam masa 15 hari dan memerlukan dua ke dua setengah jam untuk membaiki kerosakan yang terjadi.

Dalam pada itu, ATM tertinggi dunia tersebut turut menerima pengiktirafan sebagai mesin juruwang automatik altitud tertinggi pada 18 November 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat