Rekod Tertinggi 7 Tahun, Kadar Inflasi Indonesia Tinggi Banget!

853

‘Kapan mau naikkan suku bunganya pak? Inflasi udah tinggi.’

Kadar inflasi negara seberang, Indonesia mencatat lonjakan tertinggi 7 tahun sementara teras inflasi kekal berada dalam sasaran.

Bacaan terbaharu tersebut menandakan kadarnya memuncak melepasi sasaran bank pusat Indonesia, memerlukan pelaksanaan tindakan kenaikan kadar faedah.

Difahamkan bacaan inflasi bulan Julai mencanak 4.94% iaitu paras tertinggi sejak 2015 ekoran lonjakan harga makanan, bahan api isi rumah dan tambang penerbangan serta kenaikan tarif elektrik.

Sebagai perbandingan, catatan bulan Jun adalah pada 4.35% sementara unjuran yang ditetapkan pula pada 4.82%.

Sungguhpun begitu teras inflasi dilihat berada dalam kawalan dengan catatan 2.36% daripada jangkaan yang ditetapkan 2.86%.

Dalam pada itu, penggubal polisi menyarankan pengetatan dasar monetari oleh Bank Indonesia (BI) walaupun julat sasaran inflasi utama ditetapkan pada 2% ke 4% selepas mengambil kira teras inflasi.

Suka dimaklumkan bahawa BI telah menaikkan nisbah keperluan rizab bank, menjual pegangan bon dan mengurangkan lebihan mudah tunai dalam operasi pasarannya sebagai langkah rangsangan pandemik Covid-19.

Selain itu, BI merupakan antara bank pusat yang paling hawkish dengan penanda aras rekod terendah pada 3.50%.

Ulas ahli ekonomi DBS, Radhika Rao, sungguhpun inflasi teras diawasi penggubal dasar kadar benar negatif dan keperluan untuk mengawal inflasi mungkin mendorong kenaikan pada akhir suku ke-3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat