Saham Asia Mencapai Paras Tertinggi Pada Hari Isnin

332

Saham Asia mencapai paras tertinggi pada hari ini dalam sesi dagangan Asia berikutan bursa Wall Street yang melonjak naik.

Aktiviti pasaran U.S sedikit tertekan berikutan cuti di Amerika Syarikat pada hari Isnin.

Indeks Nikkei Jepun naik 0.54% didorong oleh sektor teknologi dan kewangan. Saham SoftBank Group melonjak naik sebanyak 4.26%.

Indeks Kospi, Korea juga dibuka kukuh dengan mencatat peningkatan 0.34% pada awal sesi dagangan. Saham Samsung naik kembalik selepas mencatat kejatuhan pada minggu lepas.

Pelabur optimis data GDP China yang akan dikeluarkan pada hari Khamis menunjukkan pertumbuhan sekurang-kurangnya 6.7%.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik luar Jepun naik 0.3% melepasi rekod tertinggi sejak dari 2007.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat