Saham Global Terima Manfaat Daripada Pendapatan AS Yang Kukuh

173

Pasaran Wall Street dilihat dalam aliran menghijau, selepas ditutup di paras tertinggi hasil dorongan syarikat-syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) yang berjaya mencatat pendapatan yang kukuh.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.63%, S&P 500 tambah 0.94% dan Nasdaq Composite canak 0.5%.

Indeks STOXX 600 syarikat-syarikat Eropah naik 0.45%, ia merupakan kenaikan untuk 3 sesi berturut-turut dan hampir memulihkan separuh kerugian yang dicatat pada Januari.

Tolok saham MSCI seluruh dunia naik 0.80%.

Sementara itu, terdapat penurunan yang tidak dijangka dalam data pekerjaan sektor swasta ADP AS sehingga memberi kesan kepada hasil perbendaharaan AS, menyebabkan pelabur bimbang terhadap laporan pekerjaan meluas yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Rekod inflasi di zon Eropah yang mencatat paras tertinggi 5.1% pada Januari melepasi jangkaan dengan penurunan sebanyak 4.4%, seterusnya melonjakkan hasil bon Jerman ke paras tertinggi dalam beberapa tahun selain turut menyebabkan Euro melonjak.

Bank pusat Eropah (ECB) pula terus menegaskan bahawa kenaikan harga tersebut adalah sementara dan tidak berbahaya, namun pasaran akan terus meneliti keputusannya apabila ia mengadakan mesyuarat pada Khamis.

Dalam pada itu, pasaran Asia telah ditutup ekoran sambutan Tahun Baru Cina.

Sesi penjualan pasaran bon telah terhenti pada Selasa dengan penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS jatuh 1 mata asas pada 1.768%.

Indesk dolar jatuh 0.29% sementara Euro naik 0.31% pada $1.1304 dan mata wang berisiko lain seperti dolar Australia, Euro dan Pound British mencanak.

Dalam pada itu, OPEC+ telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 400,000 bpd mulai Mac. Namun, keputusan ini menyebabkan harga minyak mentah AS jatuh 0.22% pada $88.01 setong, sementara minyak Brent naik 0.2% pada $89.34.

Spot emas pula bertambah 0.3% pada $1,806.81 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat