Sebab Inilah Pound Sterling Melonjak Tinggi!

627

Matawang pound sterling mengukuh berbanding US dolar yang sedang lemah dan mengukuh berbanding matawang euro pada hari Selasa berikutan pasaran memberi tumpuan pada perkembangan rundingan perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU).

Ketua Perunding Britain, David Frost telah memberitahu Perdana Menteri Boris Johson bahawa beliau boleh mengharapkan kesepakatan perjanjian perdagangan seawal minggu hadapan dengan kemungkinan kedua belah pihak untuk berkompromi seawal hari Selasa hadapan.

Laporan ini dikeluarkan selepas laporan bahawa salah seorang yang menjadi tulang belakang Brexit, Dominic Cummings akan mengundurkan diri dari kerajaan. Hal ini membuatkan beberapa para peneliti menyatakan bahawa terdapat kemungkinan yang lebih tinggi kesepakatan dapat dicapai.

Walaubagaimanapun, pengarah strategi makro di EMEA di State Street, Timothy Graf, mengatakan walaupun ada kebarangkalian ‘no deal’ namun kemungkinan rundingan perdagangan menatijahkan hasil yang positif masih ada. Ditambah pula, kebanyakkan ahli pentadbir kedua-dua belah pihak juga mendesak akan hal ini.

Dalam masa yang sama, beliau berpendapat bahawa prospek jangka masa panjang matawang pound kurang cerah kerana Brexit masih dapat memberi impak terhadap rantaian bekalan dan perdagangan.

Matawang pound dilaporkan mengukuh 0.54% berbanding US dolar setakat jam 8.30 p.m. Turut menjadi faktor pengukuhan matawang sterling ialah penyusutan matawang US dolar berikutan lojakan dalam kes Covid-19 di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat