Sebelum Trade Sesi NY, Ini Semua Faktor Berkaitan USD Pelabur Wajib Hadam!

420

Meneliti pergerakan mata wang US dolar pada minggu ini, selain menilai faktor utama fundamental berdasarkan dasar monetari Federal Reserve (Fed), pelabur juga perlu menapis faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi raja mata wang itu.

Polisi monetari bank pusat

US dolar yang kembali bergerak lemah di awal minggu dilihat kembali selari dengan jangkaan bahawa Fed semakin menuju ke arah dasar monetari yang lebih perlahan dan mungkin bersedia untuk menamatkan pengetatan sebelum ini.

US 10Y Yield

Namun, penurunan pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) ke bawah paras 3.50% semula dilihat menjadi pencetus penyusutan US dolar awal minggu ini selepas gagal menentukan arah yang jelas sepanjang dagangan minggu lalu.

Indeks USD DXY

Menyambung pada dagangan hari ini (Selasa), pergerakan US dolar sedikit dineutralkan kembali dengan indeks USD yang berjaya pulih daripada paras terendah 10 hari yang dicecah di sesi Asia pagi ini.

Data Ekonomi AS

Selain itu, pelabur boleh memerhatikan bacaan indeks harga rumah untuk bulan Februari serta jualan rumah baru bulan Mac di AS sebentar lagi dengan tumpuan lebih utama adalah pada data keyakinan pengguna AS yang boleh memberi petunjuk terhadap tahap perbelanjaan dalam negara.

Juga data pertumbuhan ekonomi AS pada Khamis akan diterbitkan serta data perbelanjaan peribadi pengguna AS (indeks PCE) akan diukur pada Jumaat.

Kesemua ini akan ditapis dan dinilai sebelum membentuk kompas arah buat perjalanan US dolar minggu ini menuju mesyuarat FOMC di awal Mei, iaitu minggu hadapan.

Akhir sekali jangan lupa untuk memantau sentimen pasaran semasa sama ada timbul isu-isu yang boleh mengubah aliran pelaburan oleh para pelabur dan mempengaruhi dagangan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat