Sektor Penerbangan Malaysia Bersedia Untuk Sempadan Antarabangsa Akan Dibuka

316

Berita baik bagi rakyat Malaysia yang suka melancong!

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia untuk memulakan operasi penerbangan antarabangsa, travel bubble jika pihak kerajaan memberi kebenaran untuk membuka semula sempadan antarabangsa.

Sepanjang pandemik, operasi penerbangan masih berjalan seperti biasa dengan kadar penerbangan dikurangkan ke bawah 5%, termasuk dengan operasi hantar balik rakyat Malaysia dari seluruh dunia.

Sepanjang operasi dijalankan, pihak industri penerbangan tersebut juga mengenakan tindakan pengawalan keluar masuk pelancong di KLIA sekitar 5,000 hingga 10,000 orang berdasarkan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).

Susulan daripada keringanan perintah berkurung, pihak MAHB menjelaskan mereka akan memastikan kesemua yang terlibat benar-benar bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama melibatkan ujian pengesanan Covid-19.

Sedia maklum, ujian pengesanan tersebut mengambil masa berjam-jam untuk selesai apabila melibatkan jumlah penumpang yang ramai, sekaligus memberi kesan kepada kelancaran trafik penumpang di lapangan terbang.

Berdasarkan perancangan travel bubble, antara negara yang menjadi pilihan ialah Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum diputuskan secara rasmi memandangkan garis panduan SOP bersama negara tersebut masih di dalam perbincangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat