Sektor Perumahan Risiko Utama Pasaran Kewangan New Zealand

48

Pasaran perumahan yang semakin panas (overheated) kekal sebagai cabaran utama yang dihadapi pasaran kewangan New Zealand, seperti yang dinyatakan bank pusat dalam Laporan Kestabilan Kewangan pada Rabu.

“Jangkaan terhadap pasaran perumahan masih tidak menentu,” kata Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dalam laporannya pagi tadi yang juga digunakan untuk menilai inflasi, pengeluaran negara (GDP) dan juga keadaan ekonomi secara keseluruhan. Laporan Kestabilan Kewangan yang seterusnya akan dikeluarkan pada 29 November.

Pembuat polisi sedar bahawa risiko pasaran perumahan telah stabil yang dirangsang oleh usaha kerajaan mengetatkan pinjaman (Loan value ratio, LVR)  dalam sektor perumahan.

Sektor perumahan New Zealand kini mengatasi sektor-sektor yang lain, dengan nilai hartanah meningkat 13% sepanjang tahun lalu menurut majalah Economist. Nilai rumah lebih dari $1 juta dilihat meningkat lebih pantas. Sektor ini sedang dipacu oleh pengukuhan ekonomi dan juga pertambahan populasi.

RBNZ juga menyatakan tekanan dana institusi perbankan dan sektor tenusu adalah sumber utama risiko kewangan negara. Pembuat polisi mengatakan sektor tenusu telah meningkat sepanjang 12 bulan lalu di samping menjadi pemacu utama eksport negara.

Penganalisis ekonomi kerajaan akan mengeluarkan data pada suku pertama pada Khamis. Indeks perdagangan dijangka meningkat 3.9% pada tiga bulan pertama 2017 berbanding 5.7% dalam tempoh suku keempat 2016.

Minggu lalu, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bajet fiskal 2017 di mana mereka menjangka ekonomi akan bertumbuh dalam purata 3.1% dalam masa lima tahun lagi. Selain itu, negara juga dijangka menambah 125,000 pekerjaan sepanjang tempoh tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat