Selepas Kenaikan Kadar Faedah, Apa Pula Rancangan Pentadbiran UK?

382

Menteri kewangan Britain Rishi Sunak berkata pada hari Jumaat keutamaannya kini adalah untuk mengurangkan cukai setelah mengambil langkah-langkah untuk menangani kelompongan dalam kewangan awam yang disebabkan oleh lonjakan perbelanjaan awam semasa pandemik.

“Kami telah membuat keputusan sukar yang perlu kami buat,” kata Sunak pada persidangan yang dianjurkan oleh Parti Konservatifnya. Sunak menyatakan keutamaanya dalam masa terdekat adalah untuk mengurangkan cukai.

Sunak berkata perubahan kepada sistem faedah kebajikan yang diumumkannya pada tahun lepas mewakili permulaan kepada proses pemotongan cukai. Sunak turut berpendapat bahawa kerajaan telah mengutip cukai daripada rakyat pada tahap yang tinggi sehingga membebankan.

Sunak dijangka akan menyampaikan kemas kini belanjawan setengah tahun pada 23 Mac dan berkemungkinan akan perbelanjaan awam untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Akhir sekali beliau menekankan bahawa kenaikan inflasi telah memberi kesan kepada banyak pihak dan langkah ini adalah sebagai pendekatan untuk menangani kos tambahan mengurangkan sedikit beban.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat