Semuanya Angkara Perang Di Ukraine! -IMF

406

Hasil penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendedahkan bahawa perang di Ukraine adalah satu-satunya faktor negatif paling utama dalam ekonomi dunia tahun ini.

Kenyataan terbaharu tersebut hadir daripada ketua IMF, Kristalina Georgieva ketika menghadiri sidang kemuncak G20 di Bali, Indonesia.

Ujar beliau, apa-apa sahaja yang menimbulkan lebih banyak kebimbangan akan menjejaskan prospek pertumbuhan dan memenuhi keperluan orang ramai secara keseluruhan.

IMF sebelum ini telah mengeluarkan amaran mengenai ekonomi global yang terjejas akibat perang Rusia-Ukraine dengan mengurangkan unjuran pertumbuhan 2023 kepada 2.7% dan kelembapan 3.2% pada 2022.

Susulan unjuran tersebut, IMF dalam laporannya mengatakan ia adalah profil pertumbuhan paling lemah sejak 2001 ke kecuali krisis kewangan global dan pandemik Covid-19.

Coronavirus dan perang di Ukraine menyebabkan rantaian bekalan terganggu dan ini merosakkan pertumbuhan dari dalam hingga ke peringkat antabangsa.

Memetik unjuran Asia dan Pasifik sebagai contoh, IMF mengatakan rantau itu boleh kehilangan lebih 3% dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) jika perdagangan terputus dalam sektor utama.

Dalam pada itu, IMF turut menjangkakan bahawa impak daripada perang di Ukraine akan berterusan sehingga tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat