Sentimen Semasa Pasaran Forex, Saham, Bon Dan Komoditi Global Sesi Asia Hari Ini

75
  • Pasaran Tukaran Matawang Asing

Hampir kesemua pasangan utama (major pairs) dalam pasaran forex pagi ini bergerak sideways (mendatar) pada sesi Asia hari Rabu setakat pukul 10.20 pagi menjelang penetapan polisi monetari oleh The Federal Reserve pada jam 2 pagi hari Khamis esok dan kenyataan terkini polisi bank pusat Jepun esok.

Semalam dolar tidak banyak berubah berbanding enam matawang lain selepas bacaan data perumahan US bercampur memberi tekanan pada sentimen, namun ketegangan geopolitik yang semakin reda menghalang kerugian yang lebih banyak pada dolar.

Dalam ucapan Presiden Donald Trump di hadapan PBB (United Nation) semalam, beliau menjelaskan bahawa PBB mempunyai kekuatan dan kesabaran, namun jika terpaksa untuk mempertahankan diri atau sekutunya, mereka tiada pilihan lain melainkan untuk musnahkan Korea Utara. Hal ini juga secara langsung ditujukan pada negara Iran yang turut menjalankan program senjata nuklear.

Walau bagaimanapun matawang safe haven terutamanya pasangan USD/JPY tidak memberi reaksi yang begitu ketara berikutan nada yang berlainan turut diutarakan oleh sebahagian ahli kabinet Amerika yang tidak setuju dengan ucapan Donald Trump.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.13% kepada 91.50 setakat pukul 10.00 pagi. Matawang Euro adalah salah satu matawang dalam indeks ini dan mewakili hampir 60% pemberat dalam indeks US dolar. Oleh itu, sebarang perubahan pada Euro akan memberi kesan langsung terhadap indeks dolar (DYX)

  • Pasaran saham Asia

Pasaran saham Asia ketika ini stabil walaupun Wall Street merekodkan penutupan tinggi, namun pergerakan terhad berikutan tumpuan pelabur masih ke arah hasil mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat. Indeks terbesar Asia Pasifik selain Jepun, MSCI susut 0.24%. setakat jam 10.20 pagi.

Indeks ini mengumpulkan 1,034 syarikat daripada 5 negara maju dan 9 negara yang sedang membangun di rantau Asia Pasifik selain Jepun dengan modal pasaran mencecah sehingga 85% daripada pasaran saham Asia.

Nikkei (Jepun) : -0.05%
Kospi (Korea Selatan) : -0.12%

Berikut merupakan penutupan pasaran Wallstreet dan DAX semalam:

Dow Jones : +0.18%
Nasdaq: -0.07%
S&P 500: +0.30%

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat terus jatuh dengan hasil-bon 10 tahun-US (US-10Y Yiled) ketika ini susut 0.25% setakat jam 10.20 pagi.

US-10Y Yield : -0.25%
US-5Y Yield : -0.38%
US-30Y Yield : +0.24%

  • Pasaran Komoditi

Emas pada sesi Asia kini naik $6.00 atau 0.46% kepada $1,316.14 selepas bergerak sideways (mendatar) sepanjang sesi pasaran semalam walaupun pelabur tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap ancaman Trump ke atas Korea Utara pada sesi lalu dengan fokus terus tertumpu kepada laporan FOMC esok.

Kenaikan ini mungkin disokong oleh sambutan perayaan Diwali oleh agama Hindu, Sikh dan Jains tidak lama lagi. Selain daripada menyambut hari tersebut dengan nyalaan lilin dan kesenian, membeli dan memberi emas juga menjadi satu perkara yang membawa tuah ketika hari perayaan tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat