Sentimen Semasa Pasaran Forex, Saham Dan Komoditi Setakat Ini

125
  • Pasaran Pertukaran Matawang Asing

US dolar terus mengukuh pada pasaran Asia hari ini dengan bacaan data pesanan barangan tahan lama yang meningkat diluar jangkaan walaupun pending home sales menujukkan penurunan yang mendadak di sesi yang lalu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain tutup pada paras 93.17, naik 0.42%. Kini indeks masih mengekalkan momentum, naik 0.15% kepada 93.41 pada jam 12 tengahhari.

Pengukuhan dolar turut disokong oleh peningkatan jangkaan para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah Fed sekali tahun ini selepas komen Yellen pada Selasa lalu menunjukkan bank pusat bersedia untuk menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur walaupun kadar inflasi masih di bawah sasaran 2 peratus.

Yen sedikit mengukuh berbanding matawang utama yang lain di awal sesi dagangan hari ini. Manakala matawang Aussie pula melemah berbanding kesemua matawang lain dan bergerak menghampiri paras harga (resistance/support) yang utama ketika ini.

Kiwi berjaya mengurangkan tekanan terhadap matawang mereka akibat ketidaktentuan politik selepas kenyataan penetapan kadar faedah oleh RBNZ yang dikeluarkan awal pagi tadi menjelaskan bahawa dolar kiwi yang rendah boleh meningkatkan inflasi dan akan mengimbangi pertumbuhan ekonomi.

  • Pasaran Saham

Berikut adalah pergerakan semasa saham Asia setakat jam 12 tenghhari:

Nikkei 225 (Jepun) : +0.015%
KOSPI 200 (Korea Selatan) : -0.14%
ASX 200 (Australia) : -0.19%

Berikut pula adalah pergerakan indeks hadapan Wallstreet:

Dow Jones Futures : -0.02%
Nasdaq Futures: +0.02%
S&P 500 Futures: -0.02%

Saham Wall Street berjaya merekodkan penutupan yang tinggi pada sesi lalu dengan pelabur semakin yakin akan berlakunya kenaikan kadar faedah Fed tahun ini. Risk appetite amat penting dalam memahami pegerakan intermarket. Dapatkan buku analisis fundemental untuk memahami lebih lanjut kaitan antara saham dan pergerakan matawang.

  • Pasaran Komoditi

Kebimbangan risiko geopolitik yang semakin berkurangan akibat tumpuan beralih kepada ucapan-ucapan ahli bank pusat serta pembaharuan cukai yang dibentangkan oleh Trump. Harga emas jatuh mendadak pada sesi yang lalu, susut 1.16% kepada 1,297.30. Emas terus jatuh hari ini kepada $1,284.37 per auns, turun $3.33 atau 0.26%

Pasaran minyak mentah masih berjaya mengekalkan paras harga yang tinggi walaupun sedikit jatuh hari ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran minyak US yang didorong oleh kenaikan harga minyak. Walau bagaimanapun, pelabur masih optimis dengan permintaan minyak dalam pasaran global. Berikut adalah harga minyak setakat jam 12 tengahhari:

Minyak mentah WTI: -0.33%
Minyak Brent: -0.43%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat