Sentimen Semasa Pasaran Global: Ketegangan Geopolitik

64

US dolar masih mengekalkan keuntungan yang diraih pada Jumaat, dengan indeks US dolar kembali semula ke 101.00 sejak sebulan lepas. Yen ketika ini masih lagi melemah berbanding US dolar dengan Usd/Jpy naik melebihi 111.00.

Pasaran saham Asia didagang bercampur-campur berikutan prestasi hambar di Wallstreet Jumaat lepas di mana risiko geopolitik yang dicetuskan oleh serangan AS ke atas Syria dan juga data NFP yang sedikit mengecewakan.

Serangan tersebut juga menolak harga minyak mentah WTI melebihi paras $52 setong , manakala Nikkei 225 hari ini merekod keuntungan  0.6% selepas Yen melemah berbanding US dolar. Indeks KOSPI susut 0.9% disebabkan kebimbangan yang semakin memuncak apabila pasukan tentera AS dikerahkan ke Korea.

Aud/Usd gagal mengekalkan keuntungan pada lewat sesi Asia dengan data pinjaman perumahan dan pinjaman pelaburan yang mengecewakan.

Risiko geopolitik dijangka terus menguasai pasaran global dengan serangan AS ke Syria minggu lepas. Berikutan kerahan ‘aircraft carrier‘ ke Semenanjung Korea oleh Amerika Syarikat. Financial Times mengatakan ia adalah langkah bagi memberi amaran kepada Korea Utara.

Korea Utara pula berkata, serangan AS ke atas Syria membuktikan keputusan mereka untuk membina senjata Nuklear adalah tepat dan mereka akan mengambil langkah untuk meningkatkan lagi pertahanan negara mereka.

Dari segi perkembangan The Fed, Presiden William Dudley (Pengundi tetap FOMC) mengatakan bank pusat dijangka akan mengurangkan pegangan asetnya seawal lewat tahun ini atau awal tahun 2018.

Fed Bullard (Bukan Pengundi FOMC) mengatakan data pekerjaan AS adalah sejajar dengan jangkaan pertumbuhan 2% tahun ini. Tambahnya lagi, The Fed berkemungkinan hanya menaikkan kadar sekali sahaja lagi dan beliau tidak melihat keperluan untuk menaikkan kadar dengan lebih pantas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat