Sentimen Terkini Pasaran Forex : CAD Matawang Paling Lemah Setakat Ini

586

Matawang US dollar masih lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi New York dengan aset safe-haven ketika ini mendapat permintaan disebabkan tercetusnya sentimen berisiko dalam pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.16% setakat pada pukul 10.46 malam dengan pair USD/JPY dilihat melemah secara mendadak pada pukul 9.45 malam tadi disebabkan pengukuhan Yen secara keseluruhan.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.13% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.26%. USD/JPY pula susut 0.38%, USD/CAD naik sehingga 0.69%. USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.51% dengan pengukuhan aset safe-haven secara keseluruhan. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kenaikan 0.04% dan 0.43%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Swissy dan Yen, manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/CHF dan CAD/JPY masing-masing jatuh sehingga 1.20% dan 1.08%.

Aset safe-haven mendapat permintaan tinggi apabila tercetusnya sentimen berisiko (risk-off) oleh Amerika Syarikat. Setiausaha perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross dalam sidang media menyampaikan keputusan terkini kerajaan tentang tariff.

Ross menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU), Kanada dan Mexico akan berhadapan dengan tariff aluminium dan keluli bermula pada tengah malam waktu New York. Kadar cukai yang ditetapkan adalah 25% untuk import keluli dan 10% untuk import aluminium.

CAD adalah matawang yang paling banyak tertekan dengan tariff ini akan berkuatkuasa pada esok hari.

US dollar menguat pada pukul 8.30 malam selepas daripada pengumuman data inflasi Amerika Syarikat untuk bulan April menunjukkan isyarat bahawa pertumbuhan ekonomi mula mendapat momentum pada awal suku kedua.

Perbelanjaan pengguna yang mewakili hampir 70% daripada ekonomi Amerika Syarikat melonjak sebanyak 0.6% pada bulan lalu, iaitu peningkatan terbesar dalam tempoh lima bulan. Bacaan ini juga melebihi jangkaan kenaikan 0.4%.

Namun, disebabkan oleh pengumuman tariff oleh Wilbur Ross, US dollar dilihat melemah setakat pada pukul 10.55 malam pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat