Sentimen Terkini Pasaran Forex : USD Lemah Menjelang Hari Kemerdekaan Amerika

530

US dollar kekal lemah menjelang hari kemerdekaan Amerika Syarikat pada Rabu selepas merekodkan kejatuhan pada Selasa. Walaubagaimanapun matawang ini merekodkan kenaikan selama tiga bulan berturut-turut pada bulan Jun.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kejatuhan sebanyak 0.28% setakat pada pukul 3.10 petang.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini naik 0.15% dengan GBP/USD naik 0.17%. USD/JPY setakat ini pula susut 0.20%, USD/CAD susut 0.08% dengan USD/CHF jatuh 0.14%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menguat sebanyak 0.34% dan 0.36% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah USD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/USD merekodkan kenaikan sebanyak 0.34% setakat ini.

Presiden Trump masih bertegas untuk mengenakan halangan perdagangan terhadap rakan-rakan dagang utamanya termasuk Kesatuan Eropah dan Mexico. Sejak mengambil tampuk pemerintahan Trump sememangnya cenderung kepada dasar perlindungan ekonomi Amerika Syarikat dan mendakwa negara lain selama ini telah mengambil kesempatan terhadap mereka.

Untuk pengetahuan anda, pasaran Amerika Syarikat ditutup pada hari ini bersempena dengan hari kemerdekaan. Kecairan pasaran dijangka kecil menjelang sesi New York pada malam ini.

Kebimbangan terhadap isu perdagangan masih menghantui pasaran dengan indeks utama Asia pada Rabu ditutup lebih rendah.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah tindakan China yang menghalang syarikat Micron Technology daripada menjual produk chip di China. Hal ini dibimbangi oleh pasaran sebagai bibit-bibit awal perang perdagangan kedua-dua negara. Selepas daripada itu, Amerika Syarikat juga telah menghalang syarikat telefon bimbit China daripada menawarkan perkhidmatan dalam pasaran telekomunikasi negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat