Siap Sedia US! Ini Rancangan China Untuk 5 Tahun Akan Datang

624

Krisis pandemik coronavirus telah membuatkan beberapa negara dunia kini dalam kesulitan untuk memastikan ekonomi terus bertahan. Bagaimanapun, di Beijing minggu ini, para pemimpin China bertemu untuk menetapkan rancangan mengenai ekonomi mereka untuk 5 tahun akan datang.

Dalam satu pertemuan tertutup selama empat hari, para pegawai Parti Komunis China (CCP) bukan sahaja mengemukakan rancangan 5 tahun negara itu, bahkan turut menyusun visi untuk tahun 2035, cadangan jangka panjang untuk tahun yang ditetapkan oleh Presiden Xi Jinping sebagai tarikh akhir bagi China untuk mencapai pemodenan sosialis.

Walaupun tiada perincian lengkap mengenai rancangan ini yang tidak didedahkan sehingga mesyuarat parlimen pada tahun depan, tetapi terdapat beberapa sasaran utama yang dipratontonkan oleh media tempatan iaitu ekonomi, persekitaran dan mencapai kemandirian dalam sains dan teknologi di tengah-tengah tekanan dariapda Amerika Syarikat.

Menerusi rancangan 5 tahun, China akan mensasarkan untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berterusan dan sihat pada tahun 2021-2025 dengan fokus pada pertumbuhan yang lebih berkualiti.

Selain itu, seperti yang pernah diungkapkan sebelum ini oleh Presiden Xi Jinping, China akan menerapkan model ‘dual circulation’. Strategi ini adalah untuk memastikan negara itu bergantung kepada ‘domestic circulation’ untuk fasa pengembangan berikutnya dengan disokong oleh sumber luaran iaitu ‘international circulation’.

Seterusnya, China akan meningkatkan kemandiriannya dalam teknologi dengan menjadi tonggak strategik untuk pembangunan negara, dengan tujuan untuk mencapai kejayaan besar dalam teknologi utama menjelang 2035.

China akan berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam usaha untuk mempercepatkan pembangunan hijau, selain turut berjanji untuk membentuk sistem ekonomi terbuka yang baru pada tahap lebih tinggi dalam lima tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat