Sudah! Lepas Turun Sikit, Emas Naik Balik

1,591

Harga emas meningkat pada awal minggu disebabkan pelaksanaan pakej rangsangan Amerika Syarikat menimbulkan risiko terhadap inflasi, tetapi kenaikan harga yang dicatatkan terbatas dengan peningkatan hasil bon kerajaan AS.

Pada sesi Asia, emas diniagakan stabil dengan berlegar di paras ketinggian satu minggu pada $1,730 per auns.

Harga emas dilihat masih menunjukkan trend kenaikan, disokong oleh pakej rangsangan AS bernilai $1.9 trilion yang telah ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada minggu lepas.

Emas cenderung untuk meningkat apabila lebih banyak rangsangan fiskal dilaksanakan sebagai lindung nilai kepada inflasi.

Namun begitu, disebabkan hasil perbendaharaan AS yang juga menunjukkan peningkatan, pergerakan dagangan logam kuning itu agak terhad.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun terus mengukuh di sekitar 1.635%, selepas melonjak ke tahap ketinggian terbaru satu tahun pada 1.645% pada hari Jumaat.

Lonjakan ini telah mendorong kemerosotan emas ke paras harga $1,700 per auns, sebelum ia kembali melonjak ketika penutupan dagangan minggu lalu.

Turun naik hasil bon jangka panjang AS dijangka akan terus menjadi pemacu kepada pergerakan dalam pasaran minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat