Syarikat Singapura Ini Ligat Mencari Peluang Dalam Industri Kripto Tetapi Bukan Bitcoin (BTC)

1,022

Temasek Holdings mendedahkan mereka tiada pegangan dalam aset kripto, Bitcoin (BTC).

Bagaimanapun pengarah pengurusan dana, Pradyumna Agrawal mendedahkan mereka aktif dengan pelaburan blockchain dan sedang mencari peluang dalam industri ini.

Penjelasan figura ini sekaligus memadamkan spekulasi yang mengaitkan Temasek dengan pembelian sejumlah BTC pada tahun lepas:

“Kami tidak berminat untuk mengulas berita palsu itu.”

Tetapi Temasek tidak teragak-agak menyokong mana-mana projek blockchain yang dilihat berpotensi.

Misalnya pada Februari, firma ini telah mengetuai pengumpulan dana dalam mata wang kripto bernilai $200 juta yang diterajui Amber Group.

Tidak cukup dengan itu, Temasek juga terlibat dalam pengumpulan dana dalam Siri C sebanyak $200 juta pada Mac untuk syarikat non-fungible token (NFT) Australia, Immutable.

Menariknya lagi, Temasek ada melontarkan isyarat kesediaan mereka menguruskan aset yang ditokenkan:

“Sudah ada dalam mandat kami untuk memiliki token. Tapi sudah tentulah kami perlu memiliki set infrastruktur yang berbeza daripada sekarang..Apa-apa pun kami perlukan masa untuk menilai sama ada pengurusannya selari dengan keperluan risiko pengoperasian yang boleh dilakukan secara berskala.”

Selain Temasek, satu lagi syarikat pengurusan dana Singapura, GIC juga dikatakan sedang mengintai peluang dalam industri blockchain.

Difahamkan GIC telah melabur di dalam platform pertukaran kripto, Coinbase dan syarikat aset digital Hong Kong, BC Group.

GIC juga telah mengetuai pengumpulan dana Siri F bernilai $170 juta untuk syarikat analisis blockchain, Chainalysis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat