Tak Henti Turun, Harga Minyak Kembali Di Bawah $40 Setong

170

Harga minyak meneruskan kerugian ke paras terendah dua minggu pada Rabu berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap pemulihan permintaan yang terus melemah.

Niaga hadapan penanda aras minyak mentah AS, susut 0.7% pada $39.00 setong, manakala minyak mentah Brent jatuh 0.8% pada $41.21 setong.

Kedua-dua penanda aras sebelum ini jatuh lebih 3% pada sesi dagangan Selasa setelah jumlah kematian di seluruh dunia kini telah melepasi angka 1 juta.

Dagangan komditi hitam itu gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat walaupun data yang diterbitkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pada Selasa menunjukkan penurunan dalam bekalan minyak mentah AS.

Inventori minyak mentah AS dilaporkan berkurang sebanyak 831,000 tong pada minggu lepas susulan kenaikan 691,000 pada minggu sebelumnya.

Pasaran kini menumpukan perhatian mereka kepada data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada malam ini yang dijangka merekodkan kenaikan mingguan dalam inventori minyak mentah AS sebanyak 1 juta tong pada minggu lalu.

Menambah lagi tekanan terhadap pemulihan permintaan, pasaran perlu berdepan dengan peningkatan penawaran daripada anggota OPEC+. Rusia berkemungkinan telah melebihi kuota OPEC, sekali gus menambah kebimbangan terhadap lebihan bekalan yang perlu ditampung oleh pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat