“Tegaslah Sikit Bank Pusat, Jangan Lemah Je!” – IMF

629

Bank pusat perlu ‘berkeras’ dalam menangani inflasi yang semakin meluas, gesa Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva.

Ini susulan daripada tanggapan ramai ahli ekonomi pada tahun lepas yang meramalkan inflasi akan berkurangan, sebaliknya situasi lebih teruk berlaku pada tahun ini.

Ujar beliau, jika dasar fiskal dan dasar monetari berfungsi dengan baik, keadaan ekonomi pada tahun depan mungkin lebih baik.

Namun, sekiranya dasar fiskal oleh kerajaan tidak disasarkan dengan secukupnya, ia boleh menjadi ‘musuh dalam selimut’ buat dasar monetari yang akan menyemarakkan lagi inflasi, tambahnya lagi.

Kenyataan Gerorgieva dibuat sehari selepas Amerika Syarikat dikejutkan dengan kenaikan inflasi yang tidak dijangka pada bulan Ogos, dengan sewa dan kos makanan terus meningkat.

Ulas Georgieva mengenai kenaikan tersebut adalah ia hanya menunjukkan ketidaktentuan dan kesukaran yang dihadapi ekonomi dunia disebabkan Covid-19 dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, bank pusat perlu bertindak lebih tegas kerana inflasi adalah lebih luas daripada yang difikirkan, katanya.

Sementara itu secara berasingan, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen menyatakan kepercayaan beliau bahawa inflasi akan turun dari semasa ke semasa berikutan tindakan yang diambil Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat