Teknologi 0x Mampu Akses ‘Liquidity’ Dengan Segera?

290

0x adalah platform infrastruktur yang menyediakan protokol standard di blockchain Ethereum yang membolehkan sebarang token Ethereum untuk diperdagangkan.

Protokol ini dikuasakan oleh ‘native token’ ERC20 yang dikenali sebagai ZRX dan ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Will Warren dan Amir Bandeali.

Pada tahun 2019, token ZRX dinaik taraf dengan menambah fungsi tambahan dan bertujuan untuk mempromosikan interoperabiliti antara aplikasi desentralisasi (DApps).

Platform 0x juga membolehkan pertukaran peer-to-peer token berasaskan Ethereum dan sering disebut sebagai platform pertukaran desentralisasi (DEX).

Setakat kini, 0x telah menghadkan bekalan ZRX di dalam pasaran dengan jumlah sebanyak 1 bilion token.

Antara perkembangan yang terbaru, 0x telah menerima peruntukan sebanyak $10.5 juta dalam kerjasama untuk melaksanakan projek terbaru bersama Polygon.

Dapat diperhatikan pada carta ZRX/USDT, pergerakan harga ZRX pernah mempamerkan lonjakan melebihi 500% dan mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga sekitar $2.40.

Selaras dengan kejatuhan nilai Bitcoin, harga ZRX juga turut membuat penurunan yang drastik sehingga kembali menguji paras sokongan di paras harga $0.55.

Tetapi dapat dilihat paras sokongan $0.55 tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga untuk menuju semula ke paras SBR (support become resistance) sekitar $0.70.

Jika pergerakan harga terus mengekalkan rentak kenaikan, berkemungkinan paras SBR $0.70 bakal ditembusi sebelum menguji paras SBR seterusnya sekitar paras harga $0.80-$0.85.

Sekiranya paras SBR $0.80-$0.85 berjaya untuk ditembusi, pergerakan harga ZRX dijangka bakal memberi petunjuk awal untuk kembali membuat trend bullish.

Namun jika penurunan harga kembali diteruskan, jangkaan harga ZRX mungkin bakal kembali menguji paras sokongan $0.55 semula sebelum menuju ke paras pembukaan pasaran 2021 sekitar $0.35.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga ZRX bergerak sedikit perlahan untuk menyusut sekitar 1% dan diperdagangkan di paras harga sekitar $0.66.

Lihat gambar carta matawang kripto ZRX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat