Teknologi Makin Mundur? Saham Syarikat-Syarikat Ini Buktinya

202

‘Walaupun saham syarikat-syarikat ini turun, pasaran masih lagi bullish.’

Saham bertemakan teknologi yang menjadi peneraju utama kebanyakan indeks-indeks di Wall Street mengalami penurunan nilai saham dengan laporan pendapatan korporat kurang memberangsangkan.

Sungguhpun terdapat catatan yang berjaya menjangkaui unjuran pasaran, keadaan keseluruhan ekonomi pada suku ke-3 (Q3) lepas ternyata meninggalkan kesan.

Ikuti ringkasan beberapa syarikat teknologi yang melaporkan pendapatan korporat mereka semalam (25 Oktober).

Alphabet

  • Syarikat pemilik utama enjin carian Google mencatat pendapatan pada $1.06 sesaham dengan hasil sebanyak $69.09 bilion berbanding unjuran pasaran $1.25 sesaham dan hasil $70.58 bilion.
  • Penyebab utama kepada prestasi lemah tersebut adalah disebabkan penurunan pada hasil dalam pengiklanan YouTube.

Microsoft

  • Gergasi komputer ini dilihat berjaya mengatasi unjuran pendapatan dan hasil yang ditetapkan pasaran pada $2.35 sesaham berbanding $2.30 sesaham dan hasil pada $50.12 bilion berbanding $49.61 bilion.
  • Namun, saham syarikat dilihat menyusut 2.7% semasa sesi New York ekoran laporan yang agak mengecewakan pada hasil perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud).

Texas Instruments

  • Firma semikonduktor Amerika Syarikat (AS) ini melaporkan pendapatan dan hasil bagi tahun fiskal Q4 pada Q32022 yang jauh tersasar daripada unjuran pasaran.
  • Pun begitu, hasil Q3 mencatat $5.23 bilion berbanding penetapan pasaran sebanyak $5.14 bilion.

Spotify

  • Perkhidmatan penstriman muzik popular dunia ini memperlihatkan kejatuhan prestasi saham sebanyak 6.9% dengan terdapat laporan mengatakan kehilangan 98 sen sesaham.
  • Mengikut pengiraan dalam nilai Euro, pendapatan mencatat 99 sen sesaham berbanding 85 sen sementara hasil pada €3.04 bilion daripada €3.02 bilion.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat