Teliti Perkembangan Ekuiti Global Di Pengakhiran Minggu

184

Para pelabur mempertaruhkan sinar harapan di sebalik tindakan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) telah membantu pengukuhan terhadap ekuiti dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Ekuiti bertemakan teknologi mendahului pengukuhan pasaran AS dengan saham cip melonjak apabila pelabur mengambil risiko selepas bacaan laporan Samsung yang kukuh.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 346.87 mata (1.12%) pada 31,384.55, S&P 500 capai 57.54 mata (1.50%) pada 3,902.62 dan Nasdaq Composite tambah 259.49 (2.28%) pada 11,621.35.

Tolok MSCI saham seluruh dunia lonjak 1.57% dan saham pasaran pesat membangun canak 1.43% sementara STOXX 600 ditutup kukuh 1.88%.

Mengulas mengenai pengukuhan tersebut, Jack Ablin dari Cresset Capital menerangkan sentimen keyakinan terhadap program kenaikan kadar yang tidak mengakibatkan kesan buruk kepada ekonomi telah menguasai pelabur.

Asas tersebut disokong komen Gabenor Christoper Waller dengan menyatakan kebimbangan kemelesetan adalah ‘berlebihan’.

Ia secara tidak langsung menambah jangkaan pelabur bahawa kenaikan kadar akan dihentikan seketika.

Melihat kepada aliran mata wang, indeks dolar kekal kukuh 0.019% dan Sterling naik 0.76% pada $1.2021 sementara Euro jatuh 0.23% pada $1.0158 manakala Yen lemah 0.04% pada 136.

Sorotan utama tentunya berita peletakan jawatan oleh Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson yang mendorong lonjakan pada mata wang Sterling.

Dalam pada itu, hasil perbendaharaan kali terakhir dilihat kukuh apabila pelabur menantikan data pekerjaan AS yang bakal dikeluarkan bagi mendapatkan petunjuk tentang ekonomi dan langkah Fed seterusnya.

Sungguhpun begitu nota penanda aras 10 tahun masih jatuh 25/32 dalam harga pada hasil 3.0075% sementara nota 2 tahun susut 4/32 dalam harga pada hasil 3.0285%.

Bagi komoditi pula, harga minyak pamerkan kenaikan dari kerugian 2 sesi sebelumnya apabila pelabur kembali memberi fokus kepada isu masalah bekalan ketat.

Minyak mentah AS naik 4.26% pada $102.73 dan minyak Brent tambah 3.93% pada $104.65.

Spot emas juga naik 0.1% pada $1,740.19 per auns manakala niaga hadapan emas AS capai 0.16% pada $1,737.60 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat