Tengok! Harga Emas Makin Menjunam!

983

Dagangan logam kuning meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras harga $1,900 per auns pada sesi dagangan hari ini di tengah-tengah pengukuhan US dolar.

Logam berharga itu mencatatkan kejatuhan lebih 1% pada pembukaan sesi Eropah dengan diniagakan pada $1,879 per auns, sementara niaga hadapan emas pula susut pada $1,883 per auns (2.25 petang waktu Malaysia).

Dolar greenback, yang sering dilihat sebagai tempat perlindungan, mencapai paras tertinggi lapan minggu ketika sentimen risk-off dalam pasaran terus melemahkan permintaan terhadap matawang utama.

Ketegangan terbaru Amerika Syarikat dan China serta kenyataan Federal Reserve (Fed) yang optimis mungkin akan terus menyokong dolar greenback, sekali gus mendorong emas menuju ke paras terendah $1,863 per auns yang dicapai pada Ogos.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, Presiden AS Donald Trump terus mengulangi kenyataannya bahawa China mesti bertanggungjawab kerana gagal menangani penularan wabak coronavirus.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell memberi keterangan optimis di hadapan Kongres yang menyatakan ekonomi AS kekal berdaya tahan dan sistem perbankan telah bertahan dengan baik ketika menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Sementara Presiden Fed Chicago, Charles Evans pula menyatakan bahawa ekonomi AS kini telah kembali ke 90% dari tahap pra pandemik dan Fed mungkin akan menaikkan kadar faedah sebelum sasaran inflasi 2% dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat