Tergempar! Perdana Menteri UK Boris Johnson Akan Letak Jawatan

417

Beberapa saluran berita melaporkan pada hari Khamis bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka mengumumkan peletakan jawatannya.

Menurut BBC, PM Johnson bersedia untuk membuat kenyataan rasmi dalam beberapa jam lagi.

Walaupun begitu, beliau dilaporkan akan kekal sebagai ketua Parti Konservatif sehingga pemimpin baharu dipilih pada musim panas ini.

Menurut laporan berasingan daripada Sky News, jurucakap Downing Street berkata Boris Johnson telah bercakap dengan pengerusi Jawatankuasa BackBench Konservatif 1992 Graham Brady, dan bersetuju untuk berundur.

Pengesahan itu dibuat sejurus selepas Setiausaha Pendidikan yang baru dilantik, Michelle Donelan meletakkan jawatan hanya 36 jam setelah memegang peranan itu dan Menteri Kewangan baharu Nadhim Zahawi pula menggesa Boris Johnson untuk melepaskan jawatannya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa lebih 40 ahli parlimennya telah meletakkan jawatan dalam satu gerakan besar-besaran pada Selasa dan Rabu yang dimulakan oleh pengunduran Rishi Sunak dan Sajid Javid daripada jawatan Menteri Kewangan dan Setiausaha Kesihatan UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat