Tersilap Langkah, Emas Kembali Tergelincir

822

Emas tergelincir daripada paras tertinggi lima bulan yang dicapai pada sesi sebelum ini, sebagai reaksi terhadap data pembuatan AS yang kukuh, sementara hasil bon AS 10 tahun meningkat lebih tingi kepada 1.62%.

Logam berharga emas diniagakan susut di sekitar harga $1,897 per auns, setelah mencapai paras tertinggi sejak awal Januari pada $1,916 pada hari Selasa.

Niaga hadapan emas pula susut 0.3% ke sekitar harga $1,899 per auns.

Harga emas susut di bawah $1,900 selepas kegiatan pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM dilaporkan meningkat pada bulan Mei susulan pembukaan semula ekonomi yang telah memacu pesanan lebih tinggi.

Kekuatan keseluruhan dalam data pembuatan AS telah membebankan permintaan pelabur untuk emas ketika pasaran bon jatuh dan mendorong hasil perbendaharaan 10 tahun melonjak ke paras tertinggi satu minggu.

Logam berharga telah memainkan peranan penting sebagai lindung nilai kepada inflasi di tengah risiko tekanan harga yang meningkat dan Federal Reserve (Fed) yang terus dovish.

Pembuat dasar Lael Brainard yang bercakap di Kelab Ekonomi New York pada Selasa memberitahu bahawa Fed kini semakin dekat dengan sasaran pekerjaan maksimum dan inflasi 2%.

Namun, disebabkan masalah yang masih membelenggu, bank pusat perlu berpegang pada dasar monetari yang sangat longgar sehingga lebih banyak kemajuan dapat dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat