Tiada Sebab Untuk ECB Ikut Jejak Fed – Lagarde

359

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde mengatakan bahawa mereka tidak perlu mengikut langkah Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat dalam menetapkan dasar monetarinya.

Lagarde sekali lagi menawarkan kenyataan berbaur dovish dengan mengatakan terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan gangguan rantaian bekalan semakin berkurangan dan berkemungkinan akan menyumbang kepada penstabilan harga.

Susulan daripada itu, inflasi dijangka akan menurun secara beransur-ansur pada tahun 2022 dan terus jatuh pada 2023 dan 2024, tambah Lagarde lagi.

Beliau juga mengatakan bahawa kitaran pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat mendahului Eropah. Oleh itu, ECB mempunyai sebab untuk tidak bertindak secepat bank pusat AS.

Dalam pada itu, Lagarde turut mengulas mengenai trend terkini dipamerkan hasil bon 10 tahun Jerman yang melebihi 0% buat kali pertama sejak tahun 2019. Sekiranya hasil tersebut meningkat semula, ini bermakna asas ekonomi bertambah baik, kata Lagarde.

Kenyataan Lagarde membuktikan bahawa ECB berkemungkinan akan terus mengekalkan dasar monetari semasa mereka ketika kebanyakan bank pusat utama lain telah bertindak mengetatkan dasar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat