Trend Bearish Carta AUD/USD Diteruskan Menuju Penghujung Minggu

336

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD menunjukkan corak penurunan menuju ke penghujung minggu ini dengan tekanan terus menimpa dolar Australia.

Gabenor bank pusat Australia (RBA) Philip Lowe memberi amaran terhadap penguncupan ekonomi Australia pada suku ketiga dan menolak jangkaan kenaikan kadar faedah pada penghujung 2022 dan 2023.

Sementara US dolar terus menekan dolar Aussie selepas pamerkan penyusutan ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan lemah pada sesi New York semalam.

Selepas penurunan pada sesi sebelumnya dilihat berlegar di zon support 0.73300, harga melonjak pada awal sesi New York sekitar 40 pips menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) namun gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Penurunan harga disaksikan semula pelabur untuk harga menutup dagangan sesi New York lebih rendah sekitar 0.73200.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu), harga menyambung penurunan ke paras support 0.73000 namun meningkat semula dan berlegar di atas paras tersebut sehingga ke awal sesi Eropah.

Dengan corak penurunan yang dipaparkan, trend bearish harga dijangka akan dikekalkan untuk harga meneruskan penurunan di bawah support 0.73000 menuju zon tumpuan seterusnya pada 0.72500.

Namun sekiranya harga berjaya melantun semula dari support 0.73000, kenaikan harga yang melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bullish.

Zon rintangan pada 0.74000 akan kembali menjadi tumpuan harga untuk diuji selepas harga susut di bawah zon tersebut sejak minggu lalu.

Laporan data pekerjaan Australia akan menjadi tumpuan di sesi Asia pada esok (Khamis) yang bakal mempengaruhi pergerakan dolar Aussie.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat