Trend Penurunan Harga USD/JPY Telah Berakhir?

314

Mata wang Yen Jepun dilihat tidak menerima impak yang begitu ketara susulan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Jepun pada sesi Asia hari ini.

Namun, berbanding US dolar, Yen bergerak lemah pada awal minggu ini setelah berjaya pamerkan prestasi lebih baik berbanding US dolar pada minggu lalu.

Pada carta pasangan USD/JPY, trend bearish harga diteruskan sehingga minggu lalu melengkapkan corak penurunan 3 minggu berturut-turut dengan paras terendah dicecah sekitar 107.500 pada Jumaat.

Dagangan semalam melihatkan harga membuat kenaikan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan untuk isyarat awal trend bullish.

Penghujung sesi New York melihatkan harga bergerak perlahan selepas menguji paras rintangan 108.200.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat telah berjaya melepasi paras tersebut untuk memasuk zon rintangan 108.500-108.200.

Zon ini perlu dilepasi harga untuk menguatkan lagi isyarat trend bullish pada carta USD/JPY namun memerlukan faktor lebih kukuh untuk menyokong dagangan US dolar.

Kenaikan harga bakal menuju semula sehingga ke zon tumpuan di atas paras 109.400.

Namun, pelabur mungkin lebih berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang mesyuarat FOMC dan juga data pertumbuhan ekonomi AS bagi suku pertama 2021.

Jika US dolar bergerak lebih lemah, harga berkemungkinan menyambung semula penurunan seperti minggu-minggu sebelum ini.

Zon support harga dilihat pada sekitar 107.500-107.400 yang diuji pada penurunan terendah harga minggu lalu

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat