Trump Harapan Terakhir Boris Johnson, UK Sedang Tersepit!

450

Pada hari Khamis yang lepas, calon utama pilihan raya Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengeluarkan amaran kepada UK supaya pihak mereka perlu menghormati perjanjian dengan Ireland Utara setelah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), atau tiada perjanjian perdagangan antara AS-UK akan dibuat.

Biden dalam satu ciapan di laman twitternya berkata, “Kami tidak boleh membiarkan Perjanjian Good Friday yang membawa perdamaian ke Ireland Utara menjadi korban Brexit”.

Biden mengulangi peringatan Speaker Dewan Demokrat Nancy Pelosi minggu lalu bahawa sebarang tindakan Britain untuk membina perbatasan antara Ireland Utara dan Kesatuan Eropah akan membawa kepada pembatalan hubungan dua hala antara AS-UK.

Walaubagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa undang-undang perdagangan adalah tertakluk kepada Kongres dan dalam masa yang sama Trump terkadang mengesampingkan perjanjian jika tidak sehaluan dengan matlamat beliau. Tamsilnya untuk mencapai perjanjian komprehensif, persetujuan Kongres adalah diperlukan.

Amaran tersebut dikeluarkan ketika para perunding A.S pentadbiran Trump dalam proses menyelesaikan rundingan perdagangan yang keempat dengan pihak UK. Setiausaha Negara A.S. Mike Pompeo menyimpulkan pada hari Rabu bahawa satu solusi dapat dicapai.

Komentar wakil Perdagangan A.S Robert Lighthizer mengenai pandangan pentadbiran Trump terhadap isu ini menambahkan lagi kekhuatiran. Menurut beliau, Kongres berkemungkinan tidak akan meluluskan perjanjian perdagangan jika UK meletakkan sempadan di Ireland dan melanggar perjanjian Good Friday.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat