Tuntutan Pengangguran AS Kekal Pada Paras Tertinggi 5 Bulan Pada Minggu Lepas!

173

Jabatan Buruh A.S melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) tidak berubah pada minggu lepas. Data ini sedikit memberi petanda bahawa pasaran buruh sedikit lemah.

Tuntutan faedah pengganguran awal kekal pada 227,000 pada minggu berakhir 16 November berbanding dengan jangkaan pasaran 219,000. Menurut Jabatan Buruh A.S, bacaan ini merupakan bacaan tertinggi sejak 22 Jun. Data minggu sebelumnya telah dinilai semula dengan tuntutan pengangguran bertambah sebanyak 2,000 unit.

Pakar ekonomi sebelum ini menjangkakan tuntutan pengangguran akan berkurangan kepada 219,000 pada minggu lepas.

Pergerakan purata 4 minggu tuntutan pengangguran yang merupakan indikator yang lebih bagi mengukur trend pasaran buruh, mencatat peningkatan sebanyak 3,500 kepada 221,000 pada minggu lepas.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims. Data ini penting untuk melihat tanda-tanda perkembangan hubungan AS-China.

Berdsarkan data yang dikeluarkan, pertumbuhan pekerjaan telah mencatat pertumbuhan sebanyak 167,000 pekerjaan sebulan berbanding purata peningkatan bulanan yang dikecapi tahun lepas dengan peningkatan sebnayak 223,000 unit. Antara salah satu sebab yang mempengaruhi data ini ialah disebabkan perang dagang.

Walaubagaimanpun, berdasarkan minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh the Fed pada hari Rabu, bank pusat A.S masih melihat pasaran buruh masih kekal kukuh dan dalam masa yang sama turut mengakui bahawa pertumbuhan pekerjaan semakin perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat