Twitter, Platform Kebebasan Bersuara Yang Menyekat Akaun Pengguna

166

‘Benda memang kena sekat kalau tak membawa padah, Musk bukan buat suka-suka tu.’

Pemerolehan $44 bilion Twitter Inc oleh Elon Musk untuk menukar media sosial itu menjadi platform hak kebebasan bersuara boleh dikaitkan dengan peribahasa; ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Asas itu jelas kelihatan setelah Twitter difahamkan menyekat beberapa akaun pihak media, wartawan dan perkhidmatan pesaingnya iaitu Mastodon.

Tular pada timeline Twitter sendiri apabila Washington Post, New York Times, Mashable dan CNN memperlihatkan akaun mereka disekat dengan tertera amaran mengatakan ia melanggar peraturan platform.

Ulas Ryan Mac, wartawan New York Times, akaun Twitter peribadi beliau telah disekat tanpa menerima sebarang amaran ataupun emel pemberitahuan kepadanya.

Selain itu, akaun Twitter milik pengulas sukan dan politik Keith Olbermann juga disekat selama 7 hari atas kesalahan doxxing*.

*Perbuatan memaparkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti secara terbuka tentang individu atau organinasi melalui internet.

Dalam tweet berasingan pula Olbermann dikatakan telah menyiarkan lokasi masa nyata yang tepat, digambarkan sebagai maklumat ‘koordinat pembunuhan’ atas faktor terhadap sekatan itu.

Menyingkap kejadian lebih awal lagi Twitter menyekat akaun rasmi Mastodon pada platform itu yang menyiarkan pautan dengan daya penerbangan tersedia secara umum untuk menjejaki jet peribadi Musk.

Ia juga secara tidak langsung menyaksikan beberapa akaun lain yang mengongsikan penjejak lokasi jet peribadi, termasuk pesawat Musk, disekat pada platform itu.

Sebagai makluman balas Musk dalam satu sesi Twitter Space menjelaskan bahawa peraturan doxxing diguna pakai terhadap ‘wartawan’ dan bukan sahaja orang ternama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat