Uniknya! Pembuat CryptoPunks Lancarkan ‘Meebits’ Pula

445

Ini khabar baik bagi peminat projek Larva Labs kerana pembuat CryptoPunks itu telah melancarkan projek non-fungible token (NFT) terbaru dikenali sebagai Meebits.

Projek tersebut berbeza dengan CryptoPunks kerana tampil sebagai karakter avatar bagi dunia maya, games dan realiti maya (VR).

Malah diwujudkan dalam format 3D, bukan piksel 8-bit 2D seperti CryptoPunks.

Berdasarkan kenyataan yang dimuatnaik, Larva Labs mencipta karakter tersebut dengan perincian luar biasa seperti corak tatu yang dihasilkan menggunakan Autoglyphs pada Meebits tertentu.

Autoglyphs merupakan generatif seni pertama ‘on-chain’ yang dibangunkan di blockchain Ethereum.

Firma itu juga akan melancarkan pek aset bagi setiap Meebit yang mana akan membenarkan pemilik mendapatkan avatar dalam versi ‘T-pose’ dan boleh digunakan dalam mana-mana game atau dunia maya yang menyokong avatar humanoid.

Melalui cara ini, pengguna boleh aktifkan atau ‘menghidupkan Meebits’ mereka.

Sama seperti CryptoPunks, NFT ini turut mengandungi file hash dalam kontrak pintar. Jelas firma itu lagi: “Sebaik sahaja 20,000 Meebits habis dilombong, kami akan melancarkan pemadanan fail yang memiliki hash di IPFS. Ia mengandungi voxel data dan atribut bagi setiap Meebit, menjadikan karakter itu kekal bertahan.”

Pelancaran Meebits juga memiliki dua komponen berbeza: geran komuniti dan jualan.

Menggunakan geran komuniti, pemilik CryptoPunks dan Autoglyphs boleh redeem koleksi mereka untuk Meebit percuma, dan pemilik juga masih boleh menyimpannya tetapi kontrak Meebits akan ditandakan ‘telah digunakan (used)’.

Manakala Meebits yang berbaki akan tersedia untuk jualan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat