US Dolar Kekalkan Momentum Pengukuhan, Euro Terus Bergerak Lemah

637

US dolar terus menokok lebih tinggi sehingga ke sesi Eropah apabila kebimbangan mengenai gelombang kedua wabak Covid-19 dan peningkatan ketegangan perdagangan meningkatkan permintaan safe-haven.

Dakwaan pentadbiran Trump yang menyenaraikan 20 syarikat terkemuka China dalam satu dokumen oleh Jabatan Pertahanan AS, bahawa ia dikendalikan oleh ketenteraan Komunis Cina telah menambah ketegangan kepada dua negara ini.

Indeks dolar didagangkan mengukuh berbanding sekumpulan matawang utama pada 97.32 dengan peningkatan sebanyak 0.11%.
Sementara itu, matawang pound kembali mempamerkan peningkatan pada awal dagangan sesi Eropah walaupun masih dibelenggu oleh ketidakpastian rundingan perdagangan Brexit UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Matawang pound didagangkan di sekitar paras harga $ 1.243 berbanding US dolar, setelah meraih peningkatan sebanyak 0.3%.

Perdana Menteri UK Boris Johnson pada Selasa, telah mengumumkan untuk melonggarkan sekatan di negara itu, namun amaran yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan mengenai risiko gelombang kedua telah membantutkan pergerakan pound sebelum ini.

Turut mempengaruhi dagangan pound adalah ketidakpastian rundingan perdagangan UK dan EU yang masih menemui jalan buntu berikutan keengganan Britain untuk memenuhi tuntutan EU supaya mematuhi peraturan dan persaingan yang adil, dengan mendakwanya sebagai tidak masuk akal.

Dalam pada itu, euro terus didagangkan lemah berbanding US dolar ekoran ancaman Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif baru ke atas barangan Eropah yang berjumlah sehingga $3.1 bilion.

Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan kekhuatiran terhadap Eropah, menyebabkan Brussels mengkritik ancaman terbabit dengan mengatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat itu boleh menjejaskan kedua-dua belah pihak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat