US Dolar Stabil, Emas Dan Minyak Mentah Kekal Kukuh Setakat Malam Ini

58

US dolar hampir tidak berubah berbanding matawang utama pada Rabu walaupun reformasi cukai semakin hampir menjadi satu rang undang-undang yang sah di Amerika Syarikat. Data ekonomi AS yang akan dikeluarkan pada Rabu adalah data 2nd-tier (data low-impact) iaitu jualan rumah.

Jumlah dagangan dijangka menjadi semakin kecil menjelang cuti perayaan Krismas minggu depan.

US dolar tidak memberi reaksi yang besar terhadap kelulusan cukai oleh Senat AS pada petang Rabu. Namun, rang undang-undang ini akan dibawa semula ke House of Representative untuk diundi semula disebabkan isu prosedur. Bagaimanapun, ia dijangka akan diluluskan oleh House AS.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.01% setakat pukul 10.16 malam.

USD/JPY meneruskan kenaikan dengan keyakinan terhadap hasil-bon 10 tahun AS yang telah menembusi julat pergerakan sejak beberapa minggu lalu. Hasil-bon 10 tahun AS kini berada di sekitar 2.492% menembusi paras tertinggi dua bulan lalu.

Pasaran Komoditi

Harga emas terus disokong pada Rabu apabila US dolar gagal mengukuh walaupun dengan kemajuan reformasi cukai yang kini semakin hampir ke meja Presiden Trump.

Harga emas di Comex naik 0.25% setakat pukul 10.25 malam.

Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) kini naik 0.42% yang membawa harga kepada $57.77 setong setakat pukul 10.27 malam. Harga Brent turut naik 0.44%.

Pedagang komoditi hitam akan fokus kepada data inventori AS pukul 11.30 malam pada Rabu di mana dijangka inventori merosot 3.6 juta tong pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat