USD Tertekan Lagi, Tuntutan Pengangguran AS Dan Pengumuman Fed Kecewakan Pasaran

464

Dagangan US dolar menyusut ditekan oleh bacaan data tuntutan faedah pengangguran yang mengecewakan dan pengumuman Federal Reserve (Fed) mengenai penambahan pakej rangsangan baru.

Fed telah mengumumkan satu pakej rangsangan baru bernilai $2.3 trilion dengan menawarkan pinjaman kepada kerajaan tempatan dan perniagaan kecil dalam usaha untuk menyokong ekonomi AS ketika berdepan dengan krisis pandemik coronavirus.

Sementara itu, tuntutan faedah pengangguran di Amerika Syarikat pada minggu lepas masih berada di tahap yang tertinggi dengan 6.6 juta tuntutan baru telah dibuat daripada bacaan yang disemak semula pada minggu sebelumnya sebanyak 6.8 juta.

Sentimen berisiko pada minggu ini dilihat semakin bertambah baik berikutan terdapat tanda-tanda bahawa kes pandemik di kawasan tumpuan AS dan Eropah mula perlahan, tetapi penganalisis tetap berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Dolar Aussie yang sensitif terhadap sentimen berisiko disebabkan kebergantungannya ke atas China dan perdagangan komoditi global, telah meningkat sebanyak 5.5% berbanding US dolar pada minggu ini sekali gus membuktikan keredaan dalam pasaran global.

Mengikuti perkembangan di Eropah, matawang pound diniagakan mengukuh selepas meningkat ke paras ketinggian 3 minggu berbanding US dolar susulan pengumuman Fed mengenai pakej rangsangan baru.

Perdana Menteri UK Boris Johnson yang sedang dirawat di hospital sejak Ahad lalu, dilaporkan semakin beransur pulih dan telah dipindah keluar daripada unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, penyusutan US dolar turut mendorong peningkatan matawang euro untuk diniagakan lebih tinggi berbanding matawang itu.

Kebanyakan bank pusat utama ditutup pada hari ini bersempena Good Friday menyebabkan pergerakan beberapa matawang utama agak terbatas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat