USD Terus Merampas Takhta!

654

Permintaan terhadap raja matawang terus meningkat, mendorong US dolar ke paras tertinggi dua bulan berbanding kebanyakan pesaing utama meskipun data tuntutan pengangguran AS mencatat bacaan yang lebih lemah dari dijangkakan.

Jumlah tuntutan pengangguran AS tanpa dijangka telah menunjukkan peningkatan pada minggu lalu, dengan kenaikan sebanyak 412,000 berbanding jangkaan untuk menurun sebanyak 360,000.

Berkat daripada ramalan ekonomi Federal Reserve (Fed) yang hawkish, prospek terhadap US dolar semakin kuat sekali gus membawa matawang itu menuju ke minggu terbaiknya dalam tempoh hampir sembilan bulan.

Sedia maklum, bahawa bank pusat AS telah memberi isyarat untuk dua kenaikan kadar faedah pada tahun 2023 pada mesyuarat polisi baru-baru ini, selain turut meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Hal ini telah mendorong kebanyakan matawang utama untuk terus didagangkan lebih rendah, kecuali matawang yen Jepun yang meraih pengukuhan berikutan penyusutan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang jatuh di bawah tahap 1.5%.

Permintaan terhadap US dolar telah membayangi data ekonomi yang lebih baik dijangkakan dari Australia dan New Zealand. Dolar Aussie diniagakan lemah meskipun data pekerjaan Australia menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam pasaran pekerjaan.

Sementara dolar kiwi pula gagal mengekalkan keuntungan yang diraih daripada bacaan data yang memaparkan pertumbuhan pesat ekonomi New Zealand pada suku pertama 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat