USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2016

40

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.4120 ke serendah C$1.3945, sebelum menutup sekitar paras C$1.4025; setelah harga minyak melonjak dan emas turun, pasca mesyuarat FOMC Federal Reserve AS. Spekulasi tentang kerjasama pemotongan bekalan dari Russia dan OPEC, sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk Loonie.

Nasib Dollar Kanada selanjutnya dipengaruhi oleh harga minyak dan mineral. Statistik Kanada meletakkan sumbangan minyak, gas dan perlombongan ke dalam ekonomi Kanada sebanyak 27% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Ia juga merupakan komponen yang paling tidak menentu kerana harga barang-barang lain yang tidak mungkin berubah banyak. Ini adalah kerana penilaian mereka tidak menghadapi faktor-faktor harga yang sama dalam industri minyak.

[adrotate group=”6″]

Kanada merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia selain Russia, yang tidak menganggotai OPEC, dan banyak bergantung kepada sektor minyak, gas, dan pelombongan untuk menjana ekonominya.  Kejatuhan harga minyak sepanjang 2 tahun lalu, telah memaksa Bank of Canada menurunkan kadar sebanyak dua kali pada tahun lepas, untuk menurunkan kos pinjaman dan pelaburan.  Hari ini Kanada bakal melaporkan GDP yang dijangka bertambah baik dari sifar kepada 0.3% dan AS pula bakal melaporkan GDP yang dijangka kuncup dari 2% kepada 0.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat