USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Oct 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD yang susut lebih 75 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2970, kembali memacu naik pada petang New York dan menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pandangan yang pesimis mengenai prospek ekonomi Kanada pada tahun depan.

IMF memberi amaran bahawa harga komoditi yang tertekan yang memperlahankan ekonomi Kanada pada 2015, akan kekal menjadi ancaman utama kepada pertumbuhan pada 2016.  Dalam Tinjauan Ekonomi Dunia suku tahunan yang bertajuk Melaras Kepada Penurunan Harga Komoditi, IMF sekali lagi mengurangkan unjuran GDP untuk Kanada dan dunia secara keseluruhannya, serta meluaskan dan mendalamkan trend jangkaan kejatuhan pada tahun ini.  Ramalan agensi kewangan global itu untuk pertumbuhan GDP Kanada pada 2015, kini hanya 1% – turun 0.5% daripada unjuran sebelumnya pada bulan Julai.

[adrotate group=”6″]

Pada masa yang sama, defisit barangan perdagangan Kanada meningkat pada bulan Ogos, melebihi ramalan yang paling lemah dalam kajian ahli ekonomi; apabila tenaga dan barangan pengguna membawa penurunan terbesar kepada eksport dalam masa lebih daripada tiga tahun. Defisit ini berkembang kepada $2.53 bilion dari Julai, menurut Jabatan Statistik Kanada.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat