USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2016

29

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen yang memacu naik lebih 70 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥118.35, kembali merudum pada lewat petang New York untuk menutup sekitar paras ¥117.65; setelah para trader ‘safe-haven’ keluar dari pasaran. Sentimen risiko perlahan-lahan bertukar dari ‘risk-off’ kepada ‘risk-on’ selepas kerajaan China mengambil langkah untuk menenangkan pasaran dengan rangsangan tambahan.

Di pasaran ekuiti Amerika Syarikat, saham-saham syarikat AS meningkat semalam apabila pelabur membeli saham-saham pengguna, teknologi dan syarikat kesihatan, walaupun sektor tenaga tergelincir.  Para pelabur mula memberi tumpuan kepada data jualan runcit AS yang bakal dilaporkan Jumaat ini, yang dijangka menurun disamping data inflasi yang bakal dilaporkan minggu depan, seminggu sebelum kenyataan mesyuarat FOMC Federal Reserve AS.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran global, penganalisis menjangka ekonomi China mungkin meningkat sekitar 7% pada tahun 2015, sejajar dengan sasaran rasmi kerajaan, menurut sebuah agensi perancangan ekonomi semalam. Paras tersebut adalah kadar pengembangan paling perlahan dalam masa 25 tahun, dan turun dari 7.3% pada tahun 2014, terkesan dari permintaan lemah di luar negera dan pasaran domestik. keadaan ini menyebabkan lebihan kapasiti industri dan pelaburan yang goyah dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat