USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2016

30

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar ¥113.35 ke setinggi ¥114.50, sebelum menutup sekitar paras ¥114.10; setelah minit mesyuarat FOMC Federal Reserve AS menawarkan beberapa petunjuk tentang pandangan masa depan ekonomi Amerika Syarikat.

Terdahulu daripada itu, Eric S. Rosengren, Presiden Federal Reserve cawangan Boston, berkata dalam satu ucapan baru-baru ini bahawa kegawatan dalam pasaran kewangan dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan memberati ekonomi AS, sekaligus menekankan perlunya pendekatan beransur-ansur dalam menaikkan kadar.

[adrotate group=”6″]

Pada mesyuarat terakhir Januari lalu, Federal Reserve AS mengekalkan kadar tidak berubah, tetapi tidak memberikan isyarat yang jelas mengenai jalan yang mungkin bagi kadar pada bulan akan datang. Pengerusi Feds, Janet Yellen, dalam dua hari kesaksian kepada kongres AS, juga menegaskan berkali-kali bahawa dasar kewangan bukanlah sesuatu yang tidak boleh berubah-rubah.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 269 ribu kepada 275 ribu dan indeks perkilangan Feds kawasan Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari -3.5 mata kepada -2.9 mata.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat