USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen berada dalam dagangan tipis Selasa semalam, dengan pergerakan 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥121.30 ke serendah ¥120.70, sebelum menutup sekitar paras ¥121.05; setelah pasaran mula bersedia untuk bercuti panjang.  Semalam, Biro Analisa Ekonomi AS melaporkan bahawa bacaan akhir GDP suku ketiga 2015 pada 2.0% berbanding 1.9% jangkaan dan 2.1% pada sebelumnya.  Pada masa yang sama, jualan rumah sedia ada dilaporkan merosot pada 4.76 juta berbanding 5.32 juta unit dan 5.36 juta unit pada sebelumnya.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, merosot selepas data daripada Federal Reserve Chicago mencadangkan ekonomi AS berkembang di bawah kadar purata pada November lalu, sebelum Feds menaikkan kadar pada 16 Disember lalu. Sebelum daripada itu, data perkhidmatan dan pembuatan industri Amerika Syarikat dilaporkan lemah; sekaligus mengukuhkan sentimen bahawa kenaikan kadar masa depan akan secara beransur-ansur.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Jepun pula, “Abenomics” mungkin boleh membantu Perdana Menteri Shinzo Abe, walaupun setiap tiga anak panah “Abenomics” mengalami kemunduran yang ketara pada tahun 2015. Inflasi telah kembali perlahan, dan telah menimbulkan persoalan tentang keupayaan BoJ untuk mencapai sasaran 2%. Dasar fiskal tidak lagi berkembang, tetapi kerajaan Jepun bergelut untuk menyatakan dengan jelas bagaimana ia akan mencapai lebihan dagangan utama pada tahun kewangan 2020.

Walaupun anak panah ketiga telah mencapai beberapa kejayaan – kod baru dalam urus tadbir korporat dan penyertaan Jepun dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik – kemajuan dalam bidang lain, terutamanya pembaharuan pasaran pekerjaan, masih lagi lemah.  Hari ini AS bakal melaporkan tempahan barangan tahan lama yang dijangka menurun dari 0.5% kepada 0.1% dan beberapa laporan berimpak sederhana.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat