USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu dengan pergerakan sekitar 35 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 123.05 ke serendah 122.70, sebelum menutup sekitar paras 122.80, lebih rendah dari pembukaan, sekitar 122.85; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian sebelum bercuti untuk hujung minggu.

Daripada semua masalah dengan China yang PM Shinzo Abe fikirkan, kemelesetan ekonomi tidak ada dalam senarai. Pertengkaran sepanjang sejarah, pulau-pulau yang dipertikaikan dan pengaruh di Asia tiba-tiba menjadi tidak penting kepada kelemahan Tokyo, apabila China mengheret Jepun ke dalam kemelesetan kedua dalam tempoh tiga tahun. Ketika ekonomi China mula perlahan, Jepun pula berhadapan dengan masalah yang sama – sejak tahun 1985.

[adrotate group=”6″]

Teras Abenomics adalah penurunan 30% nilai mata wang Jepun, menjurus ke arah sistem industri yang tidak lagi wujud. Model yen yang lemah telah bekerja dengan baik pada 1980-an tetapi kini bermasalah kerana sektor perkhidmatan telah lama mengatasi sektor pembuatan. Ia juga hanya membawa sedikit manfaat, kepada tenaga kerja Jepun yang tidak produktif dan tua, pada masa pesaing yang lebih muda dan lebih murah memasuki hab pembuatan. Daripada meningkatkan gaji dan melabur dengan lebih banyak dalam industri baru – seperti mana yang diharapkan Shinzo Abe – Syarikat yang menikmati yen yang lebih lemah telah berbuat sebaliknya.

Pengeluaran syarikat, yang jatuh 1% pada suku ketiga, mengalami kejatuhan berturut-turut yang pertama sejak gempa bumi dan krisis nuklear Jepun pada 2011.  Bank of Japan Jumaat lalu menahan diri daripada memperluaskan program pelonggaran dasar monetari, walaupun ekonomi keempat terbesar dunia itu mengalami kemelesetan kedua dalam tempoh dua tahun, dan eksport bulanan jatuh.  Perdana Menteri Shinzo Abe telah berusaha sejak tahun 2012 untuk memulihkan semula ekonomi Jepun, melalui program “Abenomics”, dengan pelonggaran monetari yang agresif oleh Bank of Japan (BoJ) sebagai dasarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat